Thursday, August 30, 2012

Asal Usul Nama Syarikat Terkemuka Dapat Nama


Sebelum ini JS ada kongsi dengan anda “Bagaimana Syarikat Besar Dapat Nama“. Kali ini JS kongsi lagi syarikat Terkemuka Dapat Nama.
Tajuk sahaja lain tapi ceritanya masih berkait rapat dengan nama syarikat. Tajuk yang berbeza bertujuan untuk mengelakkan dianggap sebagai entri post copy-paste. Apa kata anda baca info nie…
GOOGLE
Nama asal daripada perkataan googol yang menyampaikan misi syarikat untuk menjadi sebagai penyampai maklumat terulung di internet. Tetapi telah disalah  ejaan dengan ditulis Google.
YAHOO! 
Nama asal diambil daripada Yet Another Hierarchical OracleYahoo sebelum ini mulanya digunakan dalam sebuah buku Gulliver’s Travel yang menggambarkan seorang yang tidak kelihatan dan berpewatakan seperti manusia lain.
ADIDAS
Nama asal diambil daripada founder mereka Adolf (AdiDassler. Diambil pada awalan nama dan dicantumkan terjadilah ADIDAS..
NIKE
Nama Asal diambil daripada sempena Dewi kejayaan Greek (Nike).
McDonald’s
Nama asal diambil daripada nama keluarga Dick McDonald yang merupakan orang pertama membukaRestoran McDonald’s pada tahun 1940.
HP
Pengasas syarikat hp, Bill Hewlett dan Dave Packard. Mereka berdua terpaksa bermain lambung syiling bagi menentukan nama syarikat bersama sama ada syarikat yang mereka baru tubuhkan hendak dinamakanHewlett-Packard ( hp ) atau Packard-Hewlett ( ph ).
Xerox
Nama asal diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud kering.
 BMW
Nama asal diambil daripada perkataan Bayerische Motoren Werken ( Bavarian Motor Factories ) .
Nintendo
Nama asal diambil dari maksud Nin-Ten yang bermaksud “Heaven Blesses Hard Work“.
Cukup sampai disini sahaja.. Jika ada lagi JS akan kongsikan bersama anda.

Makanan Terakhir Banduan Sebelum Dihukum Mati..

Walaupun diorang ni penjenayah yang kejam, sadis, dan tak berhati perut, diorang tetap ada hak nak minta sesuatu sebagai permintaan terakhir diorang..Selalunya, makanan la yang jadi pilihan selain kata-kata terakhir..Mungkin bagi korang, makanan yang diorang minta tu nampak biasa, tapi bagi diorang, itu la yang nampak sedap bagi menghadapi saat-saat sebelum mati..


Iye laa, kita yang tak bersalah kalau dengar pasal hukuman mati pun kecut perut, inikan pula diorang yang kena hadapi benda tu, memang jadi tak ketahuan punya..Nak makan yang sedap-sedap pun tak ada selera punya..So, korang layan je la gambar-gambar kat bawah ni..



































15 Alat Yang Digunakan Oleh Banduan Untuk Melarikan Diri..

Sejahat-jahat banduan ni, ada jugak tahap kecerdikkan diorang..Selama ni aku ingat banduan-banduan ni semua nampak macam bodoh je..Tak apa la, hari ni aku ubah sikit persepsi aku, tak semua banduan tu bodoh, tapi ada tahap kreativiti diorang masing-masing..Sebab tu la semua alat-alat ni terbongkar bila banduan semua dah lepas lari keluar, bukan time nak lari keluar baru kantoi..hehehehe


Kalau korang tengok, alat-alat ni nampak simple je, tapi banyak memberi jasa yang besar kepada para banduan untuk melepaskan diri daripada penjara..Dah macam cerita Escape From Alcatraz pun ada dah sikit..Apa-apa hal pun, jom cekidaut alat-alat tu kat bawah ni =D


15.  Gergaji Mini

14.  Tangga daripada kain cadar

13.  Catapult

12.  Shotgun - pernah digunakan pada May 21, 1984

11.  Pembakar/Griddle

10.  Pencangkuk

9.  False Leg Stash - pernah digunakan di Penjara Santa Fu, German pada 1984.

8. Mace

7.  Tangga

6.  Chess Piece Rope Ladder - pernah digunakan di Penjara Wolfenbuettel pada 1993.

5.  Whip

4.  Knuckle Duster.

3.  Hash Pipe.

2.  Immersion Heater.

1.  Crucifix.

Nampak lebih kepada senjata berbahaya daripada alat untuk melarikan diri..Mungkin benda-benda ni ada lebih dari satu fungsi rasa nya..Bergantung kepada cara penggunaan banduan tu sendiri..

Hari-hari Terakhir Puteri Diana



MALAM 31 Ogos, 1997, adalah malam biasa bagi Diana, Puteri Wales, “diserang” oleh jurugambar atau “paparazzi” yang sentiasa mengerumuninya, ketika dia bersedia untuk pergi ke apartmen Dodi Al-Fayed, di Paris.
Namun begitu, beberapa minit selepas meninggalkan Hotel Ritz, puteri itu, Dodi dan pemandu mereka, Henri Paul terlibat maut apabila kereta Mercedes mereka, terbabit dalam kemalangan di terowong Place De L-Alma.

Malam tadi, aktres Naomi Watts, mencipta kembali saat-saat dramatik itu ketika dia membuat penggambaran filem terbaru Diana, di Trieste, Itali.
Dengan rambutnya yang dipotong pendek, Naomi kelihatan persis seperti mendiang puteri itu.
Bintang yang dilahirkan di Kent itu memakai seluar warna cerah dan jaket gelap.
Bangunan Palazzo Stratti di Piazza dell’Unita di’Italia digunakan sebagai Hotel Ritz, ketika Naomi dan pelakon lain membuat penggambaran, minggu lalu.
Juga kelihatan di luar bangunan itu adalah aktor Kanada, Anvar yang berlakon sebagai Dodi, mengenakan jaket coklat dan seluar jean, iaitu pakaian yang hampir sama yang dipakai oleh lelaki itu sebelum dia maut dalam kemalangan itu.
Seperti ramai yang ingat, Diana dan Dodi, bersama pengawal keselamatan Diana, Trevor Rees-Jones, meninggalkan Hotel Ritz melalui pintu belakang pada 12.20 malam untuk melarikan diri daripada jurugambar.
Tetapi, beberapa orang jurugambar yang menunggang motosikal, mengekori kenderaan itu ketika ia meluncur laju di jalan di Paris.
Beberapa minit kemudian, kereta Mercedes yang dianggar dipandu dalam kelajuan 65 batu sejam, melanggar tiang di dalam terowong itu.
Diana yang cedera parah, meninggal dunia di hospital pada jam 4 pagi.
Naomi dan kru penggambaran tiba di Trieste semalam, selepas membuat penggambaran di Croatia.
Awal minggu ini, Naomi mencipta kembali gambar puteri itu yang paling ikonik, iaitu berdiri bersendirian di atas kapal layar mewah, sambil memandang ke laut.
Gambar asal puteri itu, yang diambil beberapa minggu sebelum kematiannya, menjadi gambar yang paling dikenali sepanjang masa.
Aktres itu menjalankan penggambaran yang memaparkan percutian Diana di atas kapal layar Mohamed Al-Fayed yang berlabuh di Portofino, ketika gambar itu diambil pada Ogos 1997.
Naomi mengenakan pakaian mandi biru muda, sama seperti yang dikenakan oleh Diana, direka oleh Melissa Odabash dan rambutnya disisir seperti fesyen terkenal yang digayakan oleh puteri itu membuatkan Naomi persis seperti mendiang puteri itu.
Wakil Odabash, di mana pakaian renang jenama itu menjadi kegemaran selebriti seperti Cheryl Cole dan Kelly Brook, memberitahu Mail Online, pereka mereka mencipta semua pakaian renang untuk filem itu.
Diana dan Dodi bercuti sembilan hari di atas kapal layar bapanya “Jonikal” sebelum bertolak ke Paris.
Filem itu menceritakan dua tahun terakhir kehidupan Diana sebelum kematiannya dan memberi fokus kepada hubungannya dengan doktor bedah jantung Dr Hasnat Khan yang dilakonkan oleh bintang “Lost”, Naveen Andrews dan kemudian percintaannya dengan Dodi.
Naomi berkata dia “gerun” melakonkan watak ikon itu.
Filem yang diarahkan oleh pengarah dari Jerman, Oliver Hirschbiegel pada asalnya diberi judul “Caught In Flight” sebelum ditukar dengan judul ringkas, “Diana.”
- Harian Metro

Antara 10 yang terawal mendaftar di Facebook


Facebook sudah menjadi fenomena di dunia pada abad ini... Semua benda menggunakan Facebook. Artis, produk kecantikan, dan kebanyakan artis lah.. Malah ada blogger yang buat fans page untuk blog mereka (termasuk aku sendiri) tapi tahukan anda bahawa siapakah orang yang terawal yang mendaftar facebook nih??

Merekalah (bawah) antara 10 orang terawal yang mendaftar di rangkaian facebook..


 1. Mark Zuckerberg 
Sape lagi kan? Dia merupakan founder Facebook yang petama daftar website nih. mestilah dia kan.. Dengan nombor id 4

 2. Chris Hughes 
Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook yang merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di University Harvard. Selain menjadi co-founder facebook, Chris Hughes menjadi popular setelah dia membuat website untuk Obama iaitu my.barrackobama.com yang dikatakan menjadi penyumbang besar sehingga Obama menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat.. Nombor id nya ialah 5

 3. Dustin Moskovitz 
Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook dan merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa belajar di University Harvard. Moskovitz memiliki saham Facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 million US$. Forbes menyatakan dia merupakan millionanre termuda di dunia.. Nombor id nya ialah 6

 4. Arie Hasit 
Arie Hasit merupakan kawan baik Mark Zuckerberg, ini kerana mereka berdua sering lepak bersama-sama sewaktu belajar di University Harvard. Mereka berdua juga merupakan Jewish/Yahudi. Sekarang dia bekerja sebagai juru bicara angkatan bersenjata Israel.. Nombor id nya ialah 7 (sekadar informasi)

 5. Marcel Georgés Laverdet II 
(Aku tatau sangat pasal mamat nih) skit jer maklumat mengenai mamat nie. Dia bekerja di Facebook.. Nombor id nya ialah 10

 6. Soleio 
Soleio merupakan pegawai teknikal di Facebook. Antara tugasnya adalah memastikan segala operasi berjalan lancar. Nombor id nya ialah 11

 7. Chris Putnam 
Chris Putnam merupakan salah seorang software engineer Facebook. tu jer ok.. Nombor id nya ialah 13

 8. Andrew McCollum 
Andrew McCollum ialah kawan sekelas dengan Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus menjadi pereka design grafik pertama Facebook. Dialah yang mencipta logo facebook untuk pertama kalinya.. Nombor id nya ialah 26

9. Colin Kelly 
Merupakan pelajar Universiti Harvard dan berkemungkinan besar ialah teman sekelas Mark Zuckerberg juga. Kebanyakan pemilik id-id yang kecil ialah pelajar Universiti Harvard kerana memang pada awalnya Facebook itu sendiri dikembangkan untuk kepentingan pelajar dan mahasiswa Harvard. Nombor id nya ialah 27

10. Mark Kaganovich 
Mark Kaganovich ialah pelajar Harvard dalam bidang sains komputer. Dia merupakan founder dari labmeeting, iaitu sejenis social network seperti Facebook, tetapi dikhususkan untuk para ilmuan sahaja.. Nombor idnya ialah 28