Saturday, September 22, 2012

9 Manusia Yang Dibesarkan Binatang


Anda pasti pernah mendengar kisah tentang Tarzan ataupun Mowgli (The Jungle Book) ? Yang menjadi pertanyaan kita adalah, apakah mungkin manusia dijaga oleh binatang?

Menurut logik akal perkara tersebut tidak mungkin terjadi. Tetapi di dunia ini ada banyak kejadian yang terjadi dimana anak manusia dipeliharan oleh binatang.

Malah mereka berkelakuan dan berkomunikasi seperti binatang yang memeliharanya.

Ukrainan Dog Girl


Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanyayang tidak bertanggung jawab dari usia 3 sampai 8 tahun, OxanaMalaya membesar tanpa orang tua selain daripada anjing yang 

ada di kandang tersebut.

Ketika ia ditemui pada tahun 1991, ia tidak boleh bercakap,hanya boleh menggonggong, 
dan berlari sambil merangkak.

Sekarang umurnya sudah mencapai 20-an, Malaya telah diajarkan untuk bercakap tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Pada masa ini Malaya bekerja menjaga lembu di sebuah ladang ternak berhampiran hospital mental tempat beliau tinggal. 

Cambodian Jungle Girl




Semasa menggembala kerbau di sepanjang tepi hutan di Kamboja semasa berumur 8 yahun, Rochom P'ngieng hilang secara misteri. Lapan belastahun kemudian, pada tahun 2007, seorang penduduk melihat seorangwanita tanpa pakaian menyelinap di sekitar halaman rumahnya untuk cubamencuri beras.

Wanita itu disyaki Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali kerana bekas luka di punggungnya. Gadis itu telah membesar menjadiseorang wanita 30 tahun yang entah bagaimana 
boleh bertahan hidupsendiri di hutan tebal.

Gadis itu tidak dapat mempelajari bahasa tempatan atauuntukmenyesuaikan iri dengan budaya tempatan. Pada akhirnya beliaumelarikan diri dan belum ditemui. 

Ugandan Monkey Boy
Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dipercayaidibesarkan oleh kumpulan monyet vervet sehingga dia ditemui pada tahun 1991.

Seperti sering terjadi ketika anak-anak liar yang ditemui, beliau menolakuntuk ditolong oleh penduduk kampung, dan beliau mendapat bantuandari keluarga angkatnya monyet yang mmbaling penduduk kampung dengan ranting-ranting pokok.

John telah diajarkan bagaimana bercakap, dan sekarang boleh bercakap malah boleh menyanyi. Beliau mampu bergabung dengan paduan suaraanak-anak mutiara Afrika. 

Victor of Aveyron




Mungkin inilah anak liar paling terkenal dari yang lain, cerita Victordifilemkan dengan tajuk "L'Enfant Sauvage". Walaupun asal-usulnyaadalahmisteri, namun ramai percaya Victor menghabiskan masa kanak-kanaknya tanpa pakaian dan sendirian di hutan sebelum diketahui masyarakat pada tahun 1797.

Setelah beberapa kali memunculkan diri, beliau akhirnya muncul sendiriberhampiran 
Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada tahun 1800.

Victor menjadi subjek untuk banyak filusufi dan ilmuwan yang mengkajitentang asal-usul bahasa dan perilaku manusia, walaupun dalam perkembangannya kemajuan daripada 
kecerdasan anak ini sangatlah sedikit. 

Madina




Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan ibu bapa sehingga ditemui semasa berumur 3 tahun. Dia hidup dan dipelihara olehanjing.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak,dan lebih 
suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal dirawat pasukan perubatan tidak lama setelah ditemui. Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggal, dia beruntung kerana masih kecil, seorang pengasuh percayabahawa Madina akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa. 




Lobo Wolf Girl of Devil's River


Pada tahun 1845, seorang perempuan muda misteri kelihatan berjalanmerangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambingberhampiran San Felipe,Mexico.

Cerita ini dikukuhkan setahun kemudian ketika perempuan muda itukelihatan lagi,kali ini dia sedang melahap seekor kambing yang barudibunuh.

Menurut cerita yang beredar, penduduk setempat khuatir dan mencariperempuan itu keesokan harinya dan akhirnya berjaya menangkapnya.

Dia melolong tak henti-henti sepanjang malam, menyebabkan sekumpulanserigala datang ke kampung untuk menyelamatkan perempuan muda itu.Pada akhirnya beliau dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.
Perempuan muda itu kelihatan lagi sehingga tahun 1852, terakhir kelihatan sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia mengambil dua anak serigala dan lari kembali ke hutan dantidak pernah dilihat lagi. 

Russian Bird Boy



Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kejam. 

Ketika ia ditemui, beliau tidak boleh bercakap dan hanya dapat bercericip seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal. 

Dia telah dipindahkan ke pusat perawatan psikologi di mana pakar profesional bekerja 
untuk merehabilitasi dirinya.

Amala and Kamala

Dua orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemuidi sarang serigala 'pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini menimbulkan banyak kontroversi kerana umur mereka berdua berbeza jauh dan para ahli tidak menganggap bahawa mereka bersaudara.

Mung juga mereka berdua diambil oleh serigala pada waktu yang berbeza.Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri 
dengan cara hidup manusia.

Peter the Wild Boy

Seorang anak lekaki, tanpa pakaian dan berbulu merangkak berjalan keluar dari hutan berhampiran Hameln, Jerman pada tahun 1724.

Akhirnya dia berjaya dipujuk dan ditangkap. Beliau berperilaku seperti binatang liardan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak boleh bercakap.

Setelah dipindahkan ke England, beliau diberi nama Petru si Anak Liar.Walaupun beliau tidak pernah belajar bercakap, beliau sangat meminati muzik, rajin bekerja dan hidup sehingga tua.

sumber: 
Misteri & kejaiban alam

Hartanah Milik Penguasa Dunia Teknologi

Perkembangan dunia teknologi dan informasi kini menjadi semakin pesat di seluruh dunia, maka tidak hairan lah jika ada pemilik-pemilik dunia teknologi seperti Internet dan laman-laman web sosial mampu memperolehi aset yang bernilai jutaan dolar..Bagi anda yang nak tahu apa jenis kediaman dan hartanah yang mampu dimiliki oleh orang-orang kuat teknologi, meh usha kat bawah ni..


Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?


Post ini telah dilihat sebanyak 3,231 kali
Nuffnang Ads
Secara kebiasaannya, lantai yang terdedah kepada cahaya panas terik matahari akan mengalami suhu kepanasan yang melampau. Namun di Masjidil Haram pula tidak begitu kerana lantainya mengalami suhu yang sejuk.
Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidakpanas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panassehingga mencecah lebih 40 darjah.
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
sumber: facebookaans.blogspot.com

Iklan Yang Menyebabkan Kemarahan Orang Yahudi..

Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil..Kalau nak tengok apa rupa iklan yang sebabkan Yahudi ni marah, meh usha kat bawah ni.. 



Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi. 

Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi. 

Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!" 

Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem. 

Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.


Sumber: DetikIslam

p/s: Tahu pun marah bila kena hina..Lain kali jangan hina orang..