Saturday, December 22, 2012

Sanggup Bina Kapal Noh Untuk Hadapi Kiamat


Sanggup Bina Kapal Noh Untuk Hadapi Kiamat |  Mengikut kalendar kaum Mayan, mereka meramalkan kiamat bakal bakal berlaku pada tarikh 21 Disember 2012 (21/12/12).
Seorang lelaki di China, kerana takutkan kepada kemunculan hari kiamat, dia sanggup membina kelengkapan tertentu bagi menghadapi hari tersebut.
Liu Qiyuan yang berkerja sebagai petani di negaranya telah berusaha membina tujuh biji bahtera yang diberi nama ‘Bahtera Noh’ untuk melindungi dirinya ketika bencana alam terjadi.
Dia menggunakan bahan seperti gentian kaca untuk membina dindind bahteranya selepas mendapat ilham dari filem Hollywood, 2012.
Selain itu, rangka besi digunakan bagi mengukuhkan lagi bahteranya itu.
“Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan,” katanya.
Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung.
Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.
Tetapi, sekiranya kiamat berlaku, semestinya kita tidak dapat melarikan diri walaupun mempunyai pelbagai kemudahan atau perisai yang disediakan. Tak gitu?
Macam-macam hal.....


Firman Allah SWT 
وَنُفِخَ فِى الصُّوْرِ فَصَعِقَ مَنْ فِى السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِى اْلاَرْضِ اِلاَّ مَنْ شَآءَ اللهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيْهِ اُخْرَى فَاِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُوْنَ.  
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri bangkit menunggu keputusannya masing-masing".
(Az-Zumar, 39:68)

 يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ. 
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'raf, 7:187)







LIHAT KEHIDUPAN HEBAT SEORANG LELAKI KUDUNG KEDUA BELAH TANGAN (17 GAMBAR)



Fan Ling, seorang lelaki muda berusia 21 tahun yang kehilangan kedua-dua tangannya dalam satu kemalangan. Walaupun begitu, dia boleh melakukan aktiviti harian tanpa bantuan orang lain malah mampu melukis, bermain tenis, melakukan kerja di depan komputer juga menulis dengan baik dan sebagainya. Sila jadikan lelaki ini sebagai inspirasi jika anda berhadapan hari-hari sukar dalam hidup anda!

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

A Man Who Has the Fighting Spirit

kredit: Izismile.com

SEKSI : GAYA KUMPULAN ROCKERS KETIKA MEMASAK DIDAPUR


Seksi : Gaya Kumpulan Rockers Ketika Memasak Didapur




Yeah..Cuba kita lihat aksi dan Gaya Rockers Kental ketika memasak bersama didapur,,

begitu bergaya Dan amat seksi sekali gaya abang-abang rocker kita ketika didapur..haha

Gambar salah satu kumpulan Rock waktu dulu-dulu, masa masih muda remaja. Gambar ni ketika anggota kumpulan memasak di dapur. Tapi tak pasti pula adakah aktiviti memasak ini dirakam ketika mereka menyediakan juadah berbuka puasa
.



SEKSI : GAYA ROCKERS KETIKA MEMASAK DIDAPUR



Tak boleh Blah Yang tengah Masak tu pakai Boxer Koyak,,


Cuba Anda Teka Gambar Diatas adalah Ahli Kumpulan Rock Apa? Mereka Terkenal hingga sekarang,,........

Monday, December 3, 2012

10 PEKERJAAN PALING TERUK DAN MENJIJIKKAN


10. Monkeys Chaser at a Safari
Tugas Monkeys Chaser adalah untuk menghalang monyet daripada meninggalkan rizab melalui kereta (monyet suka memanjat atau naik atas kereta yang lalu berhampiran zoo Safari). Bayangkan mengejar monyet di bawah terik matahari selama lapan jam.


9. Roadkill Remover
Pengumpul mangsa jalanan bukan sahaja mengumpul dan mengalihkan bangkai haiwan untuk mengelak ia mereput di jalan raya tetapi harus berhadapan dengan trafik deras yang tidak terkawal.

Entri lain yang menarik



8. Cat Food Quality Controller
Jon Hanson, lelaki British mempunyai apa yang disifatkannya sebagai pekerjaan yang terburuk dalam hidupnya: kawalan kualiti ke atas makanan kucing. Tugas itu melibatkan beberapa ujian termasuk meletak muka dalam tab besar dan menghidu makanan kucing untuk memastikan ia segar. 


7. Flatus Odor Judge
- Mereka yang bekerja sebagai Flatus Odor Judge bertugas di makmal penyelidikan syarikat-syarikat ubat kumur, di mana nafas sukarelawan akan dihembus ke wajah mereka untuk mengenal pasti keberkesanan produk tertentu. Bukan itu sahaja, tugas mereka juga termasuk menghidu kentut sekurang-kurangnya 100 plastik yang mengandungi gas kentut ( gas kentut di ambil dengan cara meletakkan plastik ke dubur sukarelawan).


6. Portable Toilet Cleaner
Kerja ini adalah kombinasi pemungut sampah dan gastroenterologi, dan boleh dikatakan amat menjijikkan kerana pencuci mesti menyedut dan membersihkan semua sampah di dalam tandas mudah alih dengan menggunakan tangki dan tongkat vakum. Malah, pekerja tandas awam seperti ini juga harus menitik-beratkan kebersihan dinding dan lantai daripada kotoran yang melekat. Jumlah yang harus dibersihkan setiap hari ialah antara 10-60 buah tandas awam. Walaupun menjijikkan, pekerjaan sebegini boleh memberikan mereka sehingga $50,000 setahun.


5. Brazilian Mosquito Researcher
- Untuk memerangi malaria, para saintis perlu mengkaji tabiat menggigit nyamuk yang merebak. Oleh itu, tugas ini bukan mudah kerana mereka harus membiarkan diri mereka digigit nyamuk yang sudah pasti bukan satu perkara yang menyenangkan malah boleh terdedah pula dengan penyakit. Pada awal petang, apabila aktiviti nyamuk menjadi paling sibuk, maka para saintis ini akan duduk dalam satu tempat yang memudahkan kerjanya, iaitu ketika nyamuk mula menggigit, saintis berkenaan akan menangkap nyamuk menggunakan tiub khas. Penyelidik veteran Helge Zieler, melakukan tugas menggatalkan kulit itu dua kali seminggu, beliau boleh menangkap sebanyak 500 Anopheles dalam masa 3 jam.


4. Sewers Cleaner
- Ramesh Sahu bekerja di jabatan sanitasi di Calcutta iaitu tugas pembersihan saluran pembetung (najis dan pelbagai bahan buangan lain) di bandar ini. Ketika bertugas, Ramesh akan masuk sehingga kedalaman tujuh kaki menggunakan cangkul dan keluli dengan hanya berseluar dalam. Di umur 27, dengan seorang isteri, tiga anak perempuan dan pendapatan bulanan kira-kira AS $ 100, dia telah menjadi pekerja kumbahan untuk Lembaga Delhi Jal (Air) selama 10 tahun.


3. Animal Masturbator
Penyelidik mengambil sperma haiwan untuk mengkaji kesuburan atau tiruan inseminasi, mereka akan melakukan tugas-tugas merangsang pengeluaran sperma haiwan tertentu: Mereka boleh menggunakan cara elektrik (electroejaculation) ke rektum binatang, meletak vagina tiruan ke zakar haiwan, atau hanya melakukannya dengan cara manual atau rangsangan lama.


2. Guard at Buckingham Palace
Pengawal yang bertugas di Buckingham Palace dianggap sebagai salah satu pekerjaan yang paling teruk dalam Tentera British. Selain hakikat bahawa mereka perlu berdiri berjam-jam, tidak dibenarkan ketawa, mereka juga perlu menghabiskan beberapa jam setiap hari membersihkan pakaian seragam dan menggilap kasut mereka. Mana-mana askar yang kurang rapi mungkin menghadapi pelbagai hukuman, antaranya seperti duti pengawal tambahan.


1. Janitor at a Porno Theatre
Janitor adalah kerja yang cukup buruk. Tetapi, janitor teater porno adalah kerja yang paling teruk dalam senarai semua janitor. Tanggungjawab utama janitor teater porno adalah untuk mengambil mop dan kain buruk selepas pertunjukan lucah selesai setiap persembahan, tentunya untuk membersihkan cairan seks.