Tuesday, October 2, 2012

10 Fakta Peribadi Yang Menarik Tentang Obama

Obama Top 10 Interesting Facts


Salam 2 all,
Siapa yang tak kenal dengan Barack Hussein Obama, Jr.Beliau merupakan seorang Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 dan merupakan presiden pertama yang berketurunan campuran Afrika-Amerika. Dilahirkan pada 4 Ogos 1961, beliau juga mempunyai beberapa fakta yang menarik mengenai peribadinya  yang ada di antaranya tidak diketahui umum.
Jom kita layan beberapa fakta yang menarik mengenai Obama ini yang mempunyai tahap kecerdasan IQ 143.
1.) Obama pernah memenangi Anugerah Grammy pada tahun 2006 untuk 'Best Spoken Word Recording' . Ia adalah untuk versi audio buku tulisannya Dreams From My Father.
2.) Obama dan isterinya telah membeli sebuah rumah lama di Chicago pada tahun 2005. Kini nilainya telah meningkat kepada  USD1.65 million.Rumah tersebut mempunyai 4 pendiang api.
Barack Obama's House In Chicago
3.) Obama tidak menggemari aiskrim.Sewaktu remaja beliau pernah bekerja di Baskin-Robbins.Dari situlah beliau mula rasa jemu dengan aiskrim.
4.) Obama amat menyukai permainan Scrabble. 
5.) Obama sememangnya berdarah kacukkan. Ibunya adalah seorang wanita berkulit putih Amerika dan bapanya adalah seorang lelaki berketurunan Afrika dari Kenya.Di dalam bukunya Dreams From My Father beliau telah menulis bahawa beliau menyedari mengenai perbezaan antara kedua ibubapanya ketika di awal usia kanak-kanak.
Barack Obama with a cigarette. He is trying to quit but 6.) Obama pernah menghisap marijuana and kokain ketika di usia remajanya untuk bersuka-suka. Tetapi kini beliau mengaku bahawa beliau langsung tidak merasa bangga mengenai perkara itu dan baginya ia adalah satu kesilapan yang dilakukanya ketika remaja.
7.) Obama adalah seorang perokok tegar yang berazam untuk berhenti dari menghisapnya. Ketika ini di White House polisi mengenai larangan merokok tidak dikuatkuasakan di sana.
8.) Obama dilahirkan di Honolulu, Hawaii tetapi pernah tinggal untuk beberapa tahun di Indonesia bersama ibunya yang berkahwin dengan seorang rakyat Indonesia selepas bercerai dengan bapa kandungnya. Dikatakan di sana beliau diperkenalkan dengan makanan seperti daging anjing , ular dan belalang bakar.
9.) Menurut isterinya, Michelle , Obama seorang yang romantis. Obama selalu mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan mereka dan akan menghadiahkan sejambak bunga kepadanya setiap kali pulang dari mana-mana trip.
10.)Setiap malam sekiranya Obama berada di kediamannya beliau akan membacakan kepada anak perempuan sulungnya Malia buku dari siri novel Harry Potter sebelum tidur.
p/s: tak sangka pula Obama ini 'nakal' masa remaja....kuat hisap rokok pula tu...
Wassalam.
tandatangan
Nota: Fakta dipetik dari ((sumber)).

Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2011/06/10-fakta-peribadi-yang-menarik-tentang.html#ixzz28CvYFTAa

No comments:

Post a Comment