Saturday, October 13, 2012

Koleksi Kereta Pelakon Bollywood Shahrukh Khan


Koleksi Kereta Pelakon Bollywood Shahrukh Khan. Tentu ramai peminat shahrukh khan di Malaysia nak tahu apakah kereta yang di pakai oleh pelakon popular shahrukh khan. Jom kita lihat Koleksi Kereta Pelakon Bollywood Shahrukh Khan.
Land-Cruiser shahrukh khan
Koleksi Kereta Pelakon Bollywood Shahrukh Khan
Koleksi Kereta Pelakon Bollywood Shahrukh Khan
Koleksi Kereta Pelakon Bollywood Shahrukh Khan, Rolls-Royce shahrukh khan
Mercedes-Benz-S-class shahrukh khan
Koleksi Kereta Pelakon Bollywood Shahrukh Khan Land-Cruiser shahrukh khan

Friday, October 12, 2012

Orang getah di seluruh dunia


Orang getah yang Khalis maksudkan bukanlah orang yang boleh panjangkan tangan ke apake..tapi ini boleh lenturkan badan sebanyak yang dia mampu dan masih boleh tersenyum. Hmmm.. Khalis tengok semua ni ada satu je terlintas di fikiran..tapi biarlah rahsia..hehe










tau tak ape yang khalis fikirkan???hmmm..ishh ishh ishhh

Fakta!!? - 16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir





  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. 
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya

Monday, October 8, 2012

15 HAIWAN BERLAINAN JENIS YANG HIDUP SEBAGAI IBU DAN ANAK


Anjing dan tupai
- Tiga tupai yang masih bayi kehilangan tempat tinggal selepas pokok yang mereka tinggal di telah dipotong kini dijaga oleh anjing poodle bernama Pixie.

Anjing dan harimau
- Anjing Golden Retriever, Isabella di Kansas mengambil tiga harimau Bengal putih, Nasira, Anjika dan Sidani sebagai anak angkat selepas ibu bayi harimau itu enggan menyusukan anaknya 15 jam selepas lahir.Penjaga zoo, Tom dan Allie Harvey kemudian membawa  bayi harimau itu pulang ke rumah, di mana Isabella merupakan anjing kepada kedua-dua penjaga zoo itu.

Kucing dan tupai
- Jim dan Karen Watkins menemui bayi tupai, Rocky di halaman rumah mereka dan membawanya kepada kucing mereka, Emmy yang baru melahirkan anak dengan harapan Emmy dapat menyusukan bayi tupai itu.Emmy tidak keberatan menerima Rocky sebagai anaknya.

Anjing dan babi
Katjinga, anjing Rhodesian yang tinggal di sebuah ladang seluas 20 ekar di Jerman, telah menerima anak babi, Paulinchen yang telah ditinggalkan oleh ibunya pada bulan Ogos 2009.Pemilik Katjinga, Roland Adam, menjumpai babi itu kesejukan dan membawa ia kepada anjingnya yang berusia 8 tahun.Anjing itu kemudian menjaga dan menyusukan Paulinchen.

Kucing dan anjing
- Kucing Siam bernama Amanda dimiliki oleh Debbie Girting dalam gambar di atas kelihatan menyusukan dua anaknya dan selebihnya anak anjing.Lucy, anjing milik Debbie melahirkan 7 ekor anak anjing pada 7 mac 2010 di mana Amanda turut melahirkan dua ekor anak kucing.Malangnya, Lucy mati empat hari kemudian akibat sawan dan peranan ibu diambil-alih oleh kucing siam itu.

Anjing dan babi
- Heckers menemui dua anak babi terbiar, Alice dan Emma dan membawanya pulang ke rumah di mana anjing Heckers, Laska kemudian menjaga anak babi itu.Babi yang masih kecil itu dijaga sepenuh perhatian oleh Laska agar babi itu tidak kesejukan.

Kucing dan anjing
- Seekor kucing, Smaigel menjaga anaknya dan empat anak anjing di rumah tuannya, Mohammad Al-Hamoury di Jordan.Ibu anjing itu mati selepas kemalangan melibatkan kereta.


Anjing dan rusa
- Rusa ini diselamatkan dari banjir oleh seorang petani di Korea Selatan dan kemudian dijaga dan disusui oleh anjing betina ini.

Anjing dan kucing
- Chia, seekor anjing yang baru melahirkan selama dua minggu menjaga dan menyusukan anak kucing yang ditemui oleh teman lelaki tuannya.

Gorila dan kucing
- Koko si gorila ini memang suka kucing, tidak hairanlah jika si kucing, Tigger aman dalam dakapan Koko.

Babi dan harimau
- "Keluarga Bahagia" dipamerkan di Sriracha Tiger Zoo, Thailand.Babi dapat menjaga anak harimau dan sebaliknya.

Kucing dan tupai
- Tita, kucing yang dimiliki oleh Ruben Gaviria, menjaga dan menyusui anak tupai di samping anaknya yang lain.Ruben menemui tupai ini cedera di sebuah taman.

Monyet berlainan spesis
- Si ibu tidak lekang mendukung anak angkatnya di Zoo London.

Harimau dan babi
- Tiga bayi babi berehat di sebelah ibu angkat mereka, Sai Mai, harimau yang berusia 8 tahun di Sriracha Tiger Zoo, Thailand pada Januari 2010.

Beruk dan kucing
- Beruk jantan ini menjaga anak kucing seperti anaknya sendiri di Monkey Forest Park, Bali Ubud.

Tuesday, October 2, 2012

10 Fakta Peribadi Yang Menarik Tentang Obama

Obama Top 10 Interesting Facts


Salam 2 all,
Siapa yang tak kenal dengan Barack Hussein Obama, Jr.Beliau merupakan seorang Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 dan merupakan presiden pertama yang berketurunan campuran Afrika-Amerika. Dilahirkan pada 4 Ogos 1961, beliau juga mempunyai beberapa fakta yang menarik mengenai peribadinya  yang ada di antaranya tidak diketahui umum.
Jom kita layan beberapa fakta yang menarik mengenai Obama ini yang mempunyai tahap kecerdasan IQ 143.
1.) Obama pernah memenangi Anugerah Grammy pada tahun 2006 untuk 'Best Spoken Word Recording' . Ia adalah untuk versi audio buku tulisannya Dreams From My Father.
2.) Obama dan isterinya telah membeli sebuah rumah lama di Chicago pada tahun 2005. Kini nilainya telah meningkat kepada  USD1.65 million.Rumah tersebut mempunyai 4 pendiang api.
Barack Obama's House In Chicago
3.) Obama tidak menggemari aiskrim.Sewaktu remaja beliau pernah bekerja di Baskin-Robbins.Dari situlah beliau mula rasa jemu dengan aiskrim.
4.) Obama amat menyukai permainan Scrabble. 
5.) Obama sememangnya berdarah kacukkan. Ibunya adalah seorang wanita berkulit putih Amerika dan bapanya adalah seorang lelaki berketurunan Afrika dari Kenya.Di dalam bukunya Dreams From My Father beliau telah menulis bahawa beliau menyedari mengenai perbezaan antara kedua ibubapanya ketika di awal usia kanak-kanak.
Barack Obama with a cigarette. He is trying to quit but 6.) Obama pernah menghisap marijuana and kokain ketika di usia remajanya untuk bersuka-suka. Tetapi kini beliau mengaku bahawa beliau langsung tidak merasa bangga mengenai perkara itu dan baginya ia adalah satu kesilapan yang dilakukanya ketika remaja.
7.) Obama adalah seorang perokok tegar yang berazam untuk berhenti dari menghisapnya. Ketika ini di White House polisi mengenai larangan merokok tidak dikuatkuasakan di sana.
8.) Obama dilahirkan di Honolulu, Hawaii tetapi pernah tinggal untuk beberapa tahun di Indonesia bersama ibunya yang berkahwin dengan seorang rakyat Indonesia selepas bercerai dengan bapa kandungnya. Dikatakan di sana beliau diperkenalkan dengan makanan seperti daging anjing , ular dan belalang bakar.
9.) Menurut isterinya, Michelle , Obama seorang yang romantis. Obama selalu mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan mereka dan akan menghadiahkan sejambak bunga kepadanya setiap kali pulang dari mana-mana trip.
10.)Setiap malam sekiranya Obama berada di kediamannya beliau akan membacakan kepada anak perempuan sulungnya Malia buku dari siri novel Harry Potter sebelum tidur.
p/s: tak sangka pula Obama ini 'nakal' masa remaja....kuat hisap rokok pula tu...
Wassalam.
tandatangan
Nota: Fakta dipetik dari ((sumber)).

Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2011/06/10-fakta-peribadi-yang-menarik-tentang.html#ixzz28CvYFTAa