Friday, July 27, 2012

Dadah itu Bahaya ~ Edisi Keldai Dadah.

MODUS OPERANDI PENYELUDUPAN DADAH : Sedikit info dari Polis Diraja Malaysia di FB mengenai keldai dadah. Keldai dadah bermaksud "pembawa dadah" dibayar dengan upah yang lumayan dan juga Bermula dari 31 Oktober hingga 4 November 2011, Facebook Rasmi PDRM akan mendedahkan secara bersiri taktik penyeludupan sindiket dadah ke Malaysia yang berjaya dihidu dan ditumpaskan oleh pihak polis. Pendedahan tersebut menunjukkan bahawasanya pihak polis sentiasa peka terhadap taktik terkini yang digunakan oleh sindiket dan sentiasa berusaha untuk menangani jenayah ini secara berterusan. Jika didapati bersalah, mereka yang mengedar dan menyeludup dadah akan dijatuhkan hukuman MATI!!!
Kita ikuti pendedahan yang dilakukan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia ini.


KES 1: SUITCASE CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam beg bimbit dengan memotong lapisan dalam beg tersebut.
Keldai dadah


KES 2: INTERNAL INGESTION COURIERS : Sindiket menggunakan taktik memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.
bawak dadah bahaya
Bagi sesetengah ketulan atau bungkusan dadah yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan, maka pembedahan perlu dilakukan bagi mengeluarkan dadah yang disembunyikan di dalam badan. Dalam kes tertentu, bungkusan yang berada di dalam badan telah pecah dan menyebabkan kematian kepada pembawanya.
mati kerana dadah
Ketulan atau bungkusan dadah yang telah ditelan ke dalam tubuh badan dilepaskan keluar dengan bantuan ubat yang diberi kepada penjenayah atas nasihat pegawai perubatan.
dadah musuh negara


KES 3:PAINTING CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam lukisan dengan memasukkannya antara lukisan dengan bingkai gambar.
cara dadah diseludup


KES 4: BODY-PACKED COURIERS : Sindiket menggunakan taktik melekatkan dadah pada tubuh badan.


Dadah itu bahaya
Dadah disimpan dengan baik dalam beg bungkusan plastik, kemudian dilekat dan dibalut di bahagian paha supaya tidak mudah dikesan. Satu lapisan beg plastik hitam digunakan untuk membalut bungkusan dadah yang dilekatkan di paha.

Apepun diharap semua rakyat Malaysia berfikiran lebih waras dari menjadi "keldai dadah" atau pun menjadi "doktor dadah". Tak ada gunanya kalau perbuatan kita tu hanya... "senang segera, sengsara akhirnya..ibarat Maggi mee, masak cepat hilang pun cepat"

No comments:

Post a Comment