Saturday, July 14, 2012

Perkara Yang Perlu Diketahui Di Sebalik Serangan Ke Atas WTC

Peristiwa 11 September.Mungkin ramai yang masih ingat mengenai peristiwa 11 September 2001 di mana,bangunan kemegahan Amerika Syarikat,WTC runtuh akibat dilanggar oleh pesawat yang didakwa angkara pengganas al-Qaeda.11 September 2011,bermakna sudah 10 tahun WTC lenyap dari bumi AS,bak kata pepatah patah tumbuh silih berganti,tapak Ground Zero yang menjadi tapak WTC dahulu kini sudah terisi dengan bangunan pencakar langit yang baharu yang dibuka secara rasmi pada 11 September 2011 yang dikenali sebagai The National September 11th Memorial and Museum.
Walaupun sudah 10 tahun berlalu,tetapi masih timbul tanda Tanya di fikiran kebanyakan masyarakat dunia bagaimana WTC boleh diserang.Kenyataan AS yang mengatakan angkara al-Qaeda langsung tidak dapat diterima oleh kebanyakan masyarakat dunia manakan tidaknya,AS merupakan Negara yang mempunyai kawalan keselamatan yang amat ketat dan mempunyai teknologi yang amat canggih untuk menjaga keselamatan Negara kuasa Veto itu.Dakwaan AS 10 tahun yang lalu,kononya 19 lelaki bersenjatakan pisau berjaya melepasi kawalan keselamatan yang sangat ketat seterusnya merampas 4 pesawat komersial memang tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Ini jelas menunjukkan konspirasi ini seperti direncana sendiri oleh AS untuk mengelirukan semua masyarakat dunia.Mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohammad dalam blognya Che Det mengatakan serangan itu bukan dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang diuarkan oleh AS kerana dia percaya orang Arab tidak mampu melakukan serangan begitu dan jangna tidak tahu selepas itu pelbagai usaha yang dilakukan untuk menjadikan masyarakat dunia benci akan orang Islam dan arab seperti didedahkan dalam Laporan Pusat Pembangunan Amerika(CAP) yang bertajuk Fear Inc : The Roots of the Islamphobia Network in America.
Apa yang jelas,kebanyakan pihak berpendapat bahawa Serangan yang sengaja direncanakan itu adalah sebagai modal untuk kuasa barat memulakan era penjajahan baru terhadap Afghanistan dan Negara arab yang lain.Jadi sebenarnya berdasarkan serangan ke atas WTC itu yang sebenarnya menjadi mangsa bukannya AS tetapi kita,umat Islam di seluruh dunia,cuba kita bayangkan,mana ramai yang mati semasa serangan WTC atau semasa serangan di Afghanistan,fakta nombor mencatatkan,hanya 2819 orang yang mati ketika serangan WTC tetapi 919967 orang yang mati semasa serangan di Afghanistan.
Dibawah merupakan beberapa teori konspirasi mengenai Serangan WTC:
1) Bangunan WTC dimusnahkan secara terkawal menggunakan peledak kerana ia runtuh terlalu 
cepat walaupun hanya tingkat atas banguan yang terbakar.ini menunjukkan dari awal lagi
peledak dipasng didalam bangunan.
2) Bangunan 7 WtC dimusnahkan menggunakan peledak kerana tiada kesan pelanggaran oleh
pesawat tetapi bangunan itu runtuh terlalu cepat.
3) Pesawat yang melanggar WTC dikawal menggunakan alat kawalan jauh.
4) Sebanyak 4000 pekerja yahudi tidak datang bekerja pada hari serangan,menunjukkan
seolah-olah amaran telah diberikan oleh pekerja yahudi berkenaan serangan itu.
Oleh itu sejauh mana lagi kebenaran di sebalik kejadian ini,tiada siapa yang tahu kerana serangan ini dilakukan sangat teliti dan sampai sekarang dakwaan yang mengatakan serangan itu dilakukan oleh al-Qaeda yang ketika itu diketuai oleh Osama Laden memang satu dakwaan yang tidak berasa yang sengaja dilakukan sebagai modal kuasa barat menembusi sempadan Negara arab seterusnya memonopoli hasil bumi Negara tersebut.

No comments:

Post a Comment