Wednesday, June 27, 2012

(BERGAMBAR) SENARAI 14 ORANG YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA DARI PERTAMA HINGGA KINI (2012)

SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA (beserta Raja Permaisuri Agong dan Tempoh Memerintah )


Tuankuabdulrahman.jpg 
1. -Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
    -Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku 

      Besar Burhanuddin
      31 Ogos 1957 - 1 April 1960
 

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilanyang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. 


Img agung2 2.gif 
2. -Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum 
     Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
    -Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
     14 April 1960 - 1 September 1960
 

Gelaran penuhnya, Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaiddin Sulaiman Shah (13 Mei 1898 - 1 September1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 1 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.



Img agung3 2.gif 
3. -Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
    -Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
     21 September 1960 - 20 September 1965
 

Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail (25 November 1920 - 16 April 2000) merupakan Yang di-Pertuan AgongMalaysia yang ketiga. Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 25 November 1920.


Img agung4 2.gif 
4. -Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan 
      Zainal Abidin III
    -Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
     21 September 1965 - 20 September 1970
 

Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah (24 Januari 1907 - 29 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat dari Negeri Terengganu Darul Iman. 


Img agung5 2.gif 
5. -Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim 
      Al-Muadzam Shah ibni Almarhum    Sultan Badlishah 
    -Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
     21 September 1970 - 20 September 1975
 

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011). 


Img agung6 2.gif 
6. -Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
    -Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
     21 September 1975 - 30 Mac 1979


Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (10 Disember 1917 - 29 Mac 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keenam. Diputerakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu.


Img agung7 2.gif
7. -Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum 
      Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
    -Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
     26 April 1979 - 25 April 1984
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shahyang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930.


Img agung8 2.gif
8. -Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj 
      ibni Almarhum Sultan Ismail
    -Sultanah Zanariah bintii Tengku Ahmad Panglima Raja
     26 April 1984 - 25 April 1989
DYMM Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi (8 April 1932 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.


Img agung9 2.gif
9. -Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan 
     Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu- lahu
    -Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
     26 April 1989 - 25 April 1994
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994Baginda dilahirkan pada 1928 di Batu GajahPerak. Baginda adalah anakanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah.


Img agung10 2.gif
10. -Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
      -Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
       26 April 1994 - 25 April 1999
Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai 1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di bandar diraja KlangSelangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.


Img agung11 2.gif
11. -Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum 
        Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
      -Tuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman
       26 April 1999 - 21 November 2001
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001). Yang di-Pertuan Agong ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960-2001).


Sirajuddin2.jpg
12. -Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra 
        Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
       -Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
        13 Disember 2001 - 12 Disember 2006
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (lahir: 1943) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysiayang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di Arau,Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan putera kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail.Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya,Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor


Yang di-Pertuan Agong ke-13.png
13.-Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah, Al-Sultan 
       Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud 
       Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj 
     -Tuanku Nur Zahirah
       13 Disember 2006 - 12 Disember 2011
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (lahir pada 22 Januari 1962) adalah Sultan Terengganuyang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011. 


14.-Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul 
        Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah 
      -
Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun 
        13 Disember 2011 - sehingga kini

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

No comments:

Post a Comment