Wednesday, June 13, 2012

Kamera Paling Mahal Di Dunia

Kalau katakan kamera paling mahal didunia kita boleh bayangkan tahap kecanggihan dia seperti mampu mengambil 1 juta gambar dalam satu saat seperti The Phantom v1610 yang berharga USD$100,000. 

Tetapi rekod terbaru tercatat disebuah lelongan yang diadakan beberapa hari lepas, 1923 Leica yang terjual dengan harga Euro 2.16 juta (USD$2.8 juta) semestinya sebuah rekod baru yang menarik!
Worlds Most Expensive Camera
Kamera buatan Jerman ini sememangnya jenama yang agak terkenal dengan harga yang mampu mencecah USD$31,700. Tetapi Leica 1923 ialah sebuah kamera bersejarah yang dikeluarkan pada peringkat pertama pengeluaran yang berjumlah 31 buah sahaja! 

Hanya 12 buah sahaja yang dapat dikesan masih wujud dan hanya sebahagian berada dalam keadaan asal. Kamera ini dibeli oleh seoarang pembeli dari Eropah yang tidak dikenali. 

Pada tahun 2007, kamera jenis sama juga dijual dengan harga USD$430,000 dan pada tahun 2011, sebuah lagi dengan harga USD$1.7 juta. [sumber] 

Leica 1923

Worlds Most Expensive Camera 2

Kamera termahal didunia

Worlds Most Expensive Camera 3

No comments:

Post a Comment