Friday, June 29, 2012

TUJUH KISAH IBU BAPA YANG BERKELAKUAN PALING TERUK



Sarah Burge menghadiahkan anak perempuannya baucar pembedahan kecantikan
-Burge memberi baucar pembedahan membesarkan payudara dan pembedahan membuang lemak.Turut mengajar anaknya cara untuk 'pole dance'.Kisah anak-beranak ini pernah ditulis dalam blog ini, boleh baca di sini.


Ibu yang memulangkan anak angkatnya ke Rusia
-Rusia mengancam untuk menggantung semua pengambilan anak angkat oleh keluarga AS selepas seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dihantar semula ke Moscow melalui penerbangan seorang diri oleh ibu angkatnya dari Tennessee, beserta nota yang mengatakan bahawa kanak-kaanak ini ganas dan mempunyai masalah psikologi yang teruk.Artyom Savelyev dihantar ke lapangan terbang oleh nenek angkatnya.Keluarga angkat ini telah mengupah seseorang dengan bayaran $200 untuk mengambil kanak-kanak ini di lapangan terbang Moscow untuk dihantar ke Russian Education and Science Ministry. Di Tennessee, pihak berkuasa menyiasat ibu angkat itu, Torry Hansen, 33. Menurut  Hansen , kanak-kanak itu   
sakit mental dan risau akan membahayakan keluarganya jika terus menjaga kanak-kanak itu sebagai anak angkat.


Ibu Bapa yang sibuk menjaga bayi alam maya sehingga menyebabkan kematian bayinya akibat kebuluran
-Pasangan Korea Selatan telah ditangkap selepas bayi berusia tiga bulan mereka mati kebuluran. Bayi itu ditinggalkan tanpa jagaan di rumah manakala pasangan itu menghabiskan masa berjam-jam di kafe internet "menjaga" watak kanak-kanak alam maya yang dinamakan Anima.Pasangan itu seolah-olah telah hilang hasrat mereka untuk menjalani kehidupan yang normal kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan dan mendapat pula seorang bayi.Bayi itu pada mulanya dijaga oleh neneknya tetapi diserahkan semula kepada pasangan itu kerana masalah kesihatan.Bayi itu meninggal tidak lama selepas diserahkan pada ibu bapanya hanya kerana ibu bapa ini sibuk menjaga "anak" dalam game!Ketika ditemubual, kedua-duanya setuju untuk berhenti bermain game dalam beberapa waktu untuk berkabung atas kematian bayi mereka.


Ibu yang merancang pergaduhan antara anaknya dan rakan sekelas untuk menyelesaikan hal berkaitan
-Sandra Padilla Miranda meminta musuh anaknya itu untuk datang ke kompleks berdekatan kawasan pangsapuri mereka selepas sekolah agar pergaduhan itu terlaksana.Setelah lawan tiba, ramai orang berkumpul untuk menyaksikan perlawanan antara pelajar berumur 14 dan 17 tahun itu.Pergaduhan itu telah direkod dan dipost ke facebook.Sepanjang pertarungan itu, Sandra terus-terusan berteriak agar anaknya lebih kuat berlawan dan menyuruh anaknya agar menggigit pihak lawan.Bukti video menunjukkan bahawa Sandra bersalah atas penganiayaan dan salah laku kanak-kanak.Sandra mengatakan bahawa tujuan dia mengadakan pergaduhan itu kerana ingin segalanya selesai pada hari itu dan kedua-dua remaja itu takkan membawa permusuhan itu kembali ke sekolah.Kesan dari kejadian itu, kedua-duanya dihukum gantung sekolah.


Ibu yang menyuntik anaknya dengan Botox
-Seorang wanita British yang menetap di San Francisco, California, berkata, dia menyuntik anak perempuannya yang berusia lapan tahun dengan Botox untuk menghilangkan kedutan pada wajah anaknya.Kerry Campbell, 34 tahun melakukan ini untuk membantu Britney kekal dalam pertandingan ratu cantik kanak-kanak.
Nota: Wanita ini kemudian mengaku tidak memberikan anaknya suntikan botox tetapi telah mereka cerita itu kerana dibayar oleh akhbar tabloid British "The Sun".


Orang tua yang mendorong anak melakukan seks untuk sebuah minivan terpakai
-Orang tua ini mengaku menggalakkan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun terlibat dalam hubungan seks dengan seorang lelaki supaya mereka tidak perlu membuat bayaran bulanan pada minivan terpakai mereka.Sandra Davis, 37, James Davis, 39, dan jurujual kereta Robert Bearden, 67,  mengaku bersalah atas penganiayaan dan pencabulan serta dikenakan hukuman penjara 10 tahun.


Ayah mabuk yang membiarkan anaknya memandu kereta
-Billy Joe Madden, seorang ayah dari Mississippi, memutuskan untuk membiarkan anaknya yang berusia lapan tahun memandu kereta mereka supaya dia boleh tidur, manakala anaknya yang berumur empat tahun duduk di tempat duduk belakang tanpa tali pinggang keledar.

No comments:

Post a Comment